CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 8, 2009

Catatan Hujung Minggu

Seperti hujung minggu yang lain, hujung minggu baru-baru ni pun dipenuhi dengan pelbagai aktiviti... sangat padat... tapi yang penting menggembirakan semua hati-hati...

SABTU pagi, alia ke Mydin USJ dengan mak, ayah dan...mestilah sekali dengan boyfriend alia kan, mana boleh tinggal...hehe. Membeli barang keperluan dapur untuk stok eidul fitri nanti. Penuh jugak setroli diusung ayah ang boyriend alia tadi, bergilir-gilir jugaklah...

Tengahari, sampai rumah terus simpan bahan-bahan basah dalam 'freezer'. Sempat terlena dulu, ngantuk+penat berjalan punya pasal, selamat solat zohornya tak terlajak ke asar. Memandangkan ada tetamu petang nanti, jadi alia siap-siap bahan untuk berbuka tetamu nanti. Adeh, teringat pulak kat kain yang dicuci (auto je) yang tak berjemur lagi, selesaikan dulu.

Petang, usai Asar, mula mengerjakan 'tauhu mekar setaman' (resepi bonda). 6.50 petang siap sedia semuanya juadah untuk berbuka... yea..!!

Maghrib, kami berbuka dengan keluarga Abang Long, bertambah lagi hidangan. Ada goreng2an (nasi, bihun). Alhamdulillah, iftar jamie keluarga ni, walaupun nampak sikit tapi kenyang, siap ada lebih lagi untuk ulang makan moreh nanti.

Malam, keluarga Abang Long and Kak Ngah bermalam di rumah kami. Penuh meriah laman tamu ayah, mak kat bawah tu.

AHAD pagi, temankan boyfriend alia meeting di Worldwide Shah Alam.

Tengahari, habis je meeting, we all walking on ke PKNS Shah Alam, kononnya nak menjengah baju raya alia. Tapi sedih yang ditemui, macam biasa size dah warna menjadi masalah alia. Sadis je bila salesgirl tu kata ni size paling kecik (36) untuk orang dewasa, size yang lagi kecik (34) dah kira size kanak2, huhu... (suasana biasa tapi sedih la gak, cantik+berkenan). Rupanya Kak Ngah pun nak bershoping kat PKNS tapi membatalkan niatnya (PKNS sesak dengan lautan manusia) akhirnya bershopping ke Mydin USJ.

Petang, usai Asar, macam biasa siap-siap masak untuk juadah berbuka nanti. Menu hari ni...dan menu spesel versi kak Long 'otak-otak 1Malaysia' katanya dapt idea tengak TV pagi tadi, tapi alia ubahla skit namanya jadi 'otak-otak lembayung kasih', baru sedap dengar, hehehe.

Isya', orang perempuan solat jemaah terawikh kat rumah, orang lelaki memang waktu solat mereka biasa di masjid. Keluarga Abang Long beransur pulang (sebab esok Kak Long and anak2 sek,Wilayah P kan) and Kak Ngah's family pun balik (esok nak hantar mastura balik hostel).

Rumah ini kembali sunyi, tinggallah kami berenam kembali...

~ Mutiara Hati ~ Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Monday, September 7, 2009

17 Ramadahan & sambutan 'Nuzul Quran'??




Hari ni alia bercuti, ofis tutup sempena Nuzul Quran. Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam di Malaysia terutamanya, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran.

Hari ni tak da aktiviti ke mana-mana. Tapi mengenangkan Kak Lang's family nak datang berbuka kat rumah, alia ke Bintang jugaklah mencari bahan untuk 'bubur cara rima irama' nanti.

Dari jauh menyimpang bab makan ni, baiklah ingat baik tujuan asal menulis entry hari ni. 'NUZUL AL-QURAN' - Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Tapi, bukan sirahnya yang alia nak ceritakan hari ni, apa yang alia nak kongsikan... Jom kita selusuri perayaan Nuzul Quran yang disambut pada 17 Ramadhan. Adakah terdapat sokongan daripada fakta sejarah atau tidak? Jom kongsi bacaan di sini. Moga pembacaan ini jauhkan kita dari belenggu kelemahan minda umat Islam akhir zaman.

~ Mutiara hati ~ Jadikanlah Al Quran itu sebagai 'teman sejati' kita... moga ianya menjadi pemberi Syafaat di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin...

Sunday, September 6, 2009

Otak-otak Lembayung Kasih



Salam Ramadhan semua, alhamdulillah dah hari ke 15 Ramadhan kita...

Alia nak kongsi resepi dari Kak Long (my 1st sis in law) hari ni. Rupanya nampak macam otak-otak yang biasa beli kat pasar malam tu, tapi warnanya putih. Bila tanya kat Kak Long ape nama resepi ni, 'otak-otak 1Malaysia' sebab campur semua bahan jadi 1 katanya. My mum kata, Kak Long tengok resepi tu kat TV pagi tadi, katanya 'sajian istana' petang tu terus dia buat, alia tak tengok pun TV, jadi tak tau, tau makan je, hehehe... Tapi dekat sini alia dengan suka hatinya menukar namanya menjadi 'otak-otak lembayung kasih' (jangan salah faham) cuma nak sodapkan sikit halwa kupingku mendengarnyakan, huhuhu...jangan mare ye Kak Long. kat bawah ni respinya, jom layan...

Bahan-bahan (ikut pandai-pandai bajet la ye...)

Bahan A
Isi Ikan Tenggiri - 2 ekor (kalau kecik)
Pati santan - 1 mangkuk kecik
Daun pisang
2 biji telur
2 s/b jintan manis (nak hilangkan bau)
2 s/b ketumbar
Garam
Gula

Bahan B (ditumbuk)
Bawang merah
Bawang Putih (optional lebih, ikut suka)
Halia
Serai

Bahan C (dihiris)
Bawang Besar
Daun kunyit

Cara-cara

- Bersih dan buangkan kulit ikan tenggiri.
- Blenderkan isi ikan tenggiri dengan mesin kering (jangan bubuh air).
- Gaulkan dengan bahan-bahan B.
- Kemudian masukkan telur, kacau sampai sebati.
- Masukkan pulan pati santan tadi.
- Masukkan bahan C dan perasakan dengan garam dan gula.


- Daun pisang yang siap di layahkan atas api kecil tadi dipotong kecik2.
- Bungkuskan isi tenggiri yang telah siap tadi (bungkus macam nak buat kuih lepat).
- Kukus sehingga masak (lebih kurang dalam 12 minit).
- Tadaaa...dan siap untuk dihidangkan.


Wednesday, September 2, 2009

Muhasabah fasa pertama



Assalamualaikum dan salam petang Ramadhan

Alhamdulillah...sudah melepasi fasa yang pertama dalam bulan Ramadhan. Pejam celik tak sangka hari ni dah masuk 11 hari umat Islam berpuasa. Alangkah pantas masa berputar meninggalkan kita.

Hari ni tak ada cerita pasal Bazaar Ramadhan, pasal kuih-kuih, pasal makan sana sini yang alia nak ceritakan (sebab baru msuk ofis selepas 15 hari), so tumpuan pada kerja lebih dari soal lain...huhuhu.

Alia nak mengajak semua, alangkah indahnya kalau kita sama-sama dapat luangkan sepicing masa untuk berfikir dan bermuhasabah terhadap 10 hari yang sudah berlalu... Ehmm...apa kata orang, lebih kurang buat semakan semula apa-apa yang patut.

Alangkah indahnya...

1 - Tambah mana yang kurang
Segala amalan yang kurang pada 10 hari yang lepas, sama-samalah kita berusaha untuk menambahnya... (baca Quran, zikir, sedekah, pergi ke masjid dan lain-lain).

2 - Cantikkan mana yang tak berapa nak cantik
- Contoh .. kalau solat terawikh kita asyik ngantuk je...adjust sikit jangan kasik ngantuk.
- Agak-agak masa berbuka tu...jangan terlalu berlebihan sangat makan.

3 - Kurangkan mana yang lebih
- Kalau masa berbuka tu, banyak sangat makanannya...kurang2kanlah, jangan membazir sangat. Satu juadah pun dah cukup rasanya. Kebiasaanya bila dah masuk air bergelen2 dalam perut...simptom2 kelaparan tu dah berkurangankan
- Kurangkan tidur di siang hari (sama2 le kita ),kurangkan tengok tv cerita yang tak mendatangkan manfaat tu...program agama kan banyak

Kesimpulannya...sama2lah kita menilai ibadah kita agar ada peningkatannya pada hari-hari yang mendatang. Insyaallah, Ameen. Kat atas posting entry ni alia ada satu contoh jadual ringkas untuk kita sama-sama renungkan amalan kita disepanjang ramadhan. Terima kasih ya pada yang berusahanya menyediakan jadual ini.

Ok lah, jam dah tunjuk ke jam 6.59 ni, nak pegi tengok santapan untuk berbuka kat luar tu, today iftar jamie dengan warga JITP kat ofis, sambil tunggu boyfriend alia yang masih tak sampai2 lagi ni, ehmm...moga dipermudahkan perjalannya.

Mutiara Hati ~ Ya Allah, kuatkan jasadku agar bisa menjalani Ramadhan ini dengan sempurna dan sebaiknya, terimalah ibadahku.

Thursday, August 27, 2009

Tawaran Istimewa Hanya di ....



Hari ini genap enam hari umat Islam berpuasa dan menjalani ibadah pada bulan Ramadan. Hari menginjak ke petang, baru siap tolong mak masak, menu simple tapi ianya sangat sedap... Sementara menunggu kepulangan boyfriend alia balik, sempatlah nak mengetuk diary yang semakin berada dipinggiran ini. Hari ini waktu alia nak bermuhasabah ibadah, nak share?

Buat diri alia yang sering lupa dan alpa ni, hakikat masa laju meninggalkan tanpa rasa dikasihi. Mengikut hitungan usia, tahun ini genap Ramadhan yang ke 24 buat alia. Sesungguhnya Ramadan ini merupakan bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh umat Islam seantero dunia.

Ya, sangat bertuah bagi meraka yang menemuinya, sebab inilah peluang keemasan untuk kita menggandakan amalan bukan sahaja dalam konteks berpuasa malah pelbagai amal ibadah lain yang dijanjikan Allah ganjaran berlipat ganda.

Secara peribadinya alia memilih Ramadhan dengan sinonim madrasah tarbiyah berbanding bulan puasa. Ya, benar bulan ramadhan waktunya untuk kita menunaikan ibadah puasa bukan sunat tetapi wajib. Dalam erti makna lain wajib kita berpuasa selama sebulan tanpa gagal (kecuali kes-kes khas yang digariskan syara').

Ayuh, kita sama-sama berpesta ibadah. Tawaran yang istimewa hanya di bulan ini, moga kita ketemu lail al-Qadr itu, moga Allah jua memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya dalam menyemarakkan pesta ibadah pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Mutiara Hati ~ Sesungguhnya ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan hanya akan lebih bermakna sekiranya umat benar-benar memahami falsafah dan nilai-nilai yang terkandung di sebalik amalan berpuasa Ramadan. Moga-moga Allah memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya dalam menyemarakkan pesta ibadah pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Tuesday, August 4, 2009

Catatan...Doa Luruskan Hati

Ya Allah dengan berkat Nabi-Mu
Dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku
Agar mazmumahku tidak merosakkan
Agamaku dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku senantiasa tabah

Tuhan Engkau rasakanlah hatiku
Sentiasa bersama Mu
Supaya aku rasa ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga
Menunaikan suruhan-Mu

Ya Allah Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku
Agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat dan tidak hasad
Dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan...limpahkanlah ke dalam hatiku ilmu
Dan hikmah hingga aku dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupanku

Supaya lahir dan batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat

YA ALLAH...makbulkanlah doa DOAKU INI..
Amin.. Ya Rabbul Alamin

Wednesday, July 29, 2009

Saat Ajal Datang Menjelma

Gadis RefOrmasi : 7/29 Dari al-Mustaurid bin Syaddad r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seseorang di antara engkau semua menjadikan jarinya masuk dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali- yakni, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi banyaknya." (Riwayat Muslim)

Tuesday, July 21, 2009

Dia Berwajah Baru Dengan Ver 2.0

Cik Dijah : yang kecik CM kenyataan media (photo sorang)
Cik Dijah : size die : lebar 130 : tinggi akan automatik
Cik Dijah : sekian di maklumkan
Cik Alia : ok baik

Dia kini telah bertukar wajah ke ....

Klik... wah cantiknya Dia yang baru ni. Dia kini berubah wajah, semakin cantik dengan template baru. Tapi bagi Alia, apa yang penting Dia efektif, berguna dan penyalur sumber maklumat yang melayari Dia.

Setelah setahun tujuh bulan, pihak admin (Cik Dijah) telah mengubah rekabentuk Dia sepenuhnya bermula jam 11:39:10 tadi. Kesian Cik Dijah exhausted memikirkan idea yang terbaik untuk Dia.

Bukan itu sahaja, cara paparan artikel dan informasi baru kali ini sangat menarik hati Alia, so tak ada sebab lagilah lepas ni kurang rajin nak mencari maklumat baru untuknya kan... huhuhu... Rasa gembira, seronok melihat dia, cuma Alia rindu Dia yang lama.

Apa-apa pun, akur dengan ledakan dunia komunikasi tanpa sempadan itu, maka Dia wajar berubah. Menjadikan Dia maklumat yang boleh diperolehi dari hujung jari.

Meminjam kata Dato KJ, gerbang informasi ini berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.

Mutiara Hati : Keikhlasan perlu diberi perhatian dalam setiap amal, perbuatan dan tindakan.

Monday, July 20, 2009

Pencinta Ilmu, Berpesta D'Julai

Salam semilir angin tak pernah kenal tua atau jemu untuk menyampaikan salam bahagia sebagai meraikan rahmat yang setia daripada-Mu, Rabb selepas kami menadah tangan kecut dan kering ini.

Butiran lanjut mengenai di laman : Sumber

Lihat sahaja banner-banner book fair yang baru diupload, Terlalu menggoda, ya... bulan ni sahaja ada dua pesta yang pastinya bakal merabakkan poket Alia lagi, huhu...


Butiran lanjut mengenai di laman : Sumber

2009 ni, kurang sedikit Alia habiskan masa dengan membaca. 4 dari 10 buah buku yang dibeli sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, April lalu sempat juga dihabiskan dalam masa berhibernasi ini. Apapun azam terus membaca perlu, kalau tidak tak membacalah gamaknya.

Samaada pergi atau tidak, pokok pangkalnya sediakan duit yang cukup, sebab Alia yang pada asalnya hanya mahu membeli 2-3 buku telah berhabis RM100 membeli banyak buku-buku yang berkenan di hati.

Kata orang "Takpe, habis duit beli buku tidak mengapa. Ia adalah pembaziran pelaburan yang berbaloi", ehmm...ye ke? Masing-masing tepuk dada tanya iman...

Mutiara Hati : Bersederhana tanda syukur nikmat

Thursday, July 9, 2009

Berjalan-jalan D'hujung Minggu

Serasa macam baru sahaja nak ke hari Sabtu, rupanya dah nak Isnin, rasa macam sekejap je... huhu (ni kes, macam tak puas cuti je CikAlia).

Monday, July 6, 2009

Si Comel Nur Ain Mawaddah


Assalamualaikum dan salam ceria semua. Jam 4 petang, baru berkesempatan kemaskinikan lelaman ini.

Pagi tadi sibuk sungguh dengan web M.U, mai secawan sampai sejuk atas meja ni menunggu untuk diminum huhuhu... waktu lunch keluar ke BIMB KL Sentral, usai bertemuNya baru ngadap PC ni semula.

Aduhai... lenguh segala urat kaki rasanya tapi dalam dok lenguh dan masih keletihan ini nak juga kemaskinikan teratak ni dari bersawang seharian...

Kebetulan Alia dapat gambar si comel hari ini dari Cik Fiza. Si kecil pemilik nama Nurain Mawaddah binti Nur Al-Hafes ini permata hati Puan Yana....

Yang membuatkan Alia sentiasa ingat si comel ni, sebab dia lahir sehari awal dari hari pertunangan Alia (teringat kat Cik Fiza & Cik Izzah terpaksa ulang-alik dari K.L ke Shah Alam, terima kasih ya sahabat, korang kawin Alia tolong nanti, bila tu?? huhuhu)...

Mutiara Hati: Syurga itu adalah sebuah kampung kesenangan, tidak masuk syurga melainkan orang yang menyukai anak-anak. Berbahagialah mereka yang punya anak…anak adalah harta dan amanah Allah yang tak terhingg.

Salam Seindah Suria dari Teratak Alia


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Dengan menyebut namu Mu Ya Allah aku mulakan… berserta salam buat kekasih Allah, Rasulullah SAW. Semoga Allah sentiasa mengurniakan aku akan taufik dan hidayahNya sehingga nafasku yang terakhir, Ameen...

Dunia Blog & New Blogger

Orang berblog kita berblog, pengisiannya?? Entahlah.. apa yang nak Alia nukilkan di sini ya... Kata orang, blog ini macam diari harian, diari digital... jadi kalau ada ruang waktu, kita tulislah apa sahaja... cerita tentang makanan ke, pokok-pokok bunga ke... pasal jahit manik ke, cerita tentang alam pendidikan ke, atau cerita kita masa dulu-dulu pun seronok juga untuk dikongsikan bersama.

Ada sesetengah orang berblog kerana hobi dan ada juga yang menjana pendapatan melaluinya. Namun bagi Alia, kita perlu juga menjadikan penulisan blog itu sebagai hobi. Malah, secara tidak langsung akan dapat membantu meningkatkan motivasi diri kita dan seterusnya tidak berhenti menulis blog sekadar sekerat jalan sahaja.

Lelaman ini bukan kerana mengejar glamor, wujudnya ia hanya sekadar catatan harian Alia (my diary). Dah hidup hampir 24 tahun ini memanglah banyak cerita suka dan duka.

Doa Alia, moga teratak ini mampu diandalkan sebagai penyimpan data kisah hidup Alia yang lalu, semasa dan akan datang. Juga sebagai wadah peringatan buat diri ini yang mudah alpa.

Selamat berblog Cik Alia = )