Buat diri alia yang sering lupa dan alpa ni, hakikat masa laju meninggalkan tanpa rasa dikasihi. Mengikut hitungan usia, tahun ini genap Ramadhan yang ke 24 buat alia. Sesungguhnya Ramadan ini merupakan bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh umat Islam seantero dunia.
Ya, sangat bertuah bagi meraka yang menemuinya, sebab inilah peluang keemasan untuk kita menggandakan amalan bukan sahaja dalam konteks berpuasa malah pelbagai amal ibadah lain yang dijanjikan Allah ganjaran berlipat ganda.
Secara peribadinya alia memilih Ramadhan dengan sinonim madrasah tarbiyah berbanding bulan puasa. Ya, benar bulan ramadhan waktunya untuk kita menunaikan ibadah puasa bukan sunat tetapi wajib. Dalam erti makna lain wajib kita berpuasa selama sebulan tanpa gagal (kecuali kes-kes khas yang digariskan syara').
Ayuh, kita sama-sama berpesta ibadah. Tawaran yang istimewa hanya di bulan ini, moga kita ketemu lail al-Qadr itu, moga Allah jua memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya dalam menyemarakkan pesta ibadah pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Mutiara Hati ~ Sesungguhnya ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadan hanya akan lebih bermakna sekiranya umat benar-benar memahami falsafah dan nilai-nilai yang terkandung di sebalik amalan berpuasa Ramadan. Moga-moga Allah memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya dalam menyemarakkan pesta ibadah pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini.